About Me

My photo
Intan Safura, call me Intan =) Umur 14. Blog sejak 2009. Asalnya blog ini dihasilkan untuk perkongsian kisah kehidupan intan untuk abah yang bekerja di Algeria (sekarang di Hulu Terengganu ) :) Enjoy!

11 July 2012

Jom Kurus Dengan kevin Zahri di Prince Court Medical Centre

Intan dengan Kevin Zahri - jangan jeles ok. Masa ini kami kat Prince Court Medical Centre.

Sebenarnya, hari Ahad lepas Intan ikut Mama pergi Seminar Jom Kurus dengan Kevin Zahri.  Intan jumpa ramai kawan-kawan mama.  Intan pernah jumpa Makcik Puan Bee dengan Makcik Kak LOng.






Kevin cakap dalam umur macam Intan, tak perlu kurangkan kalori, nanti pembesaran terbantut.  Tapi Intan rasa Intan dah gemuk.  Pakcik -pakcik Intan selalu panggil Intan 'budak gemuk' .

Kevin suruh kami buat pengiraan mengenai kalori yang perlu diambil untuk mendapatkan bentuk badan yang sesuai dengan umur , berat dan tinggi seseorang.

Intan pun buat pengiraan tetapi Intan terlupa nak salin formulanya.  Kalau nak tau cara mengira kalori, pergi ke blog mama.  Mama dah buat entri lengkap.

Kira DCR Di Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri



Gambar kami semua peserta bersama Kevin Zahri.

Seminar ini sangat seronok kerana Intan dapat belajar banyak perkara baru tentang diet.  Kawan-kawan Intan selalu tak mahu makan kerana 'diet'.   Tetapi makna diet yang sebenar ialah gaya pemakanan yang sihat, bukan tak makan.