About Me

My photo
Intan Safura, call me Intan =) Umur 14. Blog sejak 2009. Asalnya blog ini dihasilkan untuk perkongsian kisah kehidupan intan untuk abah yang bekerja di Algeria (sekarang di Hulu Terengganu ) :) Enjoy!

29 September 2013

Makanan Istimewa Sarawak

Antara makanan Sarawak yang intan rasa sewaktu bercuti di sini.

 Mee Kolok - sebenarnya mama yang pesan mee kolok tapi mama tak suka.

Laksa Sarawak - kalau datang Sarawak, mesti cuba masakan ni. Laksa tapi guna bihun dan kuah macam kari. Selalu mama buat Laksa Kedah ada timun, bawang, cili dengan daun-daun ulam, tapi Laksa Sarawak ada daging ada udang.
Mama nampak je laksa terus nak order tapi tak makan pun.
 
Ini Botok Ikan Tenggiri. . Rasa pedas-pedas dan rempah.

Botok Ikan Gelama - intan tak pandai makan ikan macam ni, banyak tulang. Satu bungkus macam ni harga dia RM1.  
 
ini makanan yang paling special. Namanya Ayam Panshuh - dimasak di dalam buluh macam bakar lemang. Auntie Bella tuan rumah homestay yang kami tinggal tu masakkan ikut cara kaum Bidayuh.

Kami makan nasi yang gunakan beras tempatan Sarawak iaitu beras Bario sejenis padi huma ( padi yang ditanam atas bukit bukan tanam dalam sawah..


24 September 2013

Julie's Travel

Hari tu pertama kali kami balik kampung bawa Julie. Tiap hari dia ikut mama aku pergi sekolah bila hantar dan ambil aku , kali nak jalan jauh
Nasib baik Julie tak meragam sangat. Elok dia duduk dalam kereta.
Kami berhenti makan di R& R
kalau Julie bising melompat over active, aku kurung dalam cage dia. Padam muka..hahaha
Malas aku nak layan dia.

03 September 2013

Best Birthday Ever

Eehemmmm... siapa tak seronok ok. Mak aku booking tiket kapalterbang bercuti ke Kuching sehari selepas hari jadi. Anggap saja hadiah hari jadi.

Morning flight ke Kuching.  Lengkap semua negeri yang pernah aku jejak di Malaysia.

Feel free and relexing above the sky


Ofkoskan selfie. Giler cantik warna background

1st day kami jejalan area town. Pusing sana pusing sini sampai lenguh kaki. Pergi melawat 4 muzium di bandar Kuching.



View Kuching Waterfront waktu malam. Kami naik sampai ke seberang sungai dan dinner kat sana.
Lepas balik makan malam, kami lepak bilik saja. Penat nak berjalan sebab esok pagi mak aku ada jemputan jamuan raya.

Kami sekeluarga dijemput oleh Pesatuan Homestay Kuching. Grand super grand majlis makan-makan di Bangunan DUN Lama. Lepas makan kami ke Santubong yang femes dengan Gunung Santubong. Kami tidur di Homestay Santubong.