About Me

My Photo
Intan Safura, call me Intan =) Umur 14. Blog sejak 2009. Asalnya blog ini dihasilkan untuk perkongsian kisah kehidupan intan untuk abah yang bekerja di Algeria (sekarang di Hulu Terengganu ) :) Enjoy!

28 December 2013

Kembara Kemboja 2013

Akhirnya hari yang ditunggu pun tiba. Hadiah cabutan bertuah yang Intan menang masa #SBB2013 anjuran Denaihati dan di taja oleh eQurban iaitu melawat Kemboja 6 hari 5 malam. Intan pergi dengan mama dan abah termasuk beberapa blogger lain - Abang Kid dan isterinya, Kakak DeqNor dan beberapa orang lain yang Intan pertama kali jumpa.

 Rombongan kami menggunakan tema Jejak Rehlah Dakwah dan Mujahadah bertemakan Blogger Mengemban Tanggungjawap Sosial berlepas dengan penerbangan MAS jam 9.25 pagi di KLIA dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada jam 10.15 pagi.

 Waktu di Kemboja lewat 1 jam dari waktu di Malaysia.

Kami disambung oleh pihak Cambodian Muslim Cooperatives (CMC). Cuaca sejuk dan berangin di bandar Phnom Penh.  Suhu lebih kurang 24ºC

Murid sekolah di Kemboja. Dia orang sekolah 4 jam saja sehari...seronoknya. Tapi seronok lagi kita sebab dapat cuti, dia sekolah.

Kami check in di Holiday Villa  dan keluar makan tenghari di Cafe Malaya .  Kemudian bergerak ke Chroy Metery
Sungai Mekong dari anjung Restoran Nurul Iman, Chroy Metery.


Balik dari Chroy Metery, kami makan malam sambil naik bot berlayar di Sungai Sap.  Sejuk sangat malam tu, suhu lebih kurang 18ºC dan bulan mengambang penuh.

Cantik sangat.

Bot kami seperti bot inilah.. ada BBQ, makan-makan, sembang-sembang


Siangnya hari ke 2 berjalan ke  Central Market (Psah Thmei) untuk shopping.

Kemudian kami bergerak ke Gebocide Museum Tuol Sleng


 Genocide Museum Tuol Sleng adalah komplek bangunan  penjara  tempat seksaan tahanan  di bawah pemerintahan Khmer Rouge

Selepas itu, kami terus ke utara Phnom Pehn iaitu ke Siem Reap.  Tetapi sekali lagi singgah di Sekolah Nurul Iman, Chroy Metrey.
Chroy Metrey terletak di tebing sungai Mekong.  Ada bot yang dijadikan rumah tempat tinggal.



Sekolah dan masjid yang sedang dibesarkan hasil sumbangan orang ramai termasuk dari Malaysia.


Selepas 5 jam perjalanan, kami sampai di Siem Reap.  Semua kelaparan dan makan malam di Muslim Family Restoran, Siem Reap.
Siangnya, melawat Angkor Wat.  Tiket masuk untuk sehari ialah 20USD dan percuma untuk rakyat Kemboja.



Angkor Wat adalah salah satu tapak arkeologi yang terbesar yang masih beroperasi di dunia dibina pada pertengahan abad ke 12


Tinggi

Selepas melawat Angkor Wat, kami melawat perusahan sutera.  Ulat suteta bukan dibela di pokok tetapi diternak di dalam rumah khas.  Daung melberi diberikan sebagai makanan.


Cara mengeluarkan benang sutera dari kepompong ulat sutera

Kemudian melawat kelas pengajian kanak-kanak di Masjid Tonle Sap

Naik bot di  Tonle Sap Lake.

Singgah di perkampungan terapung

Kolam buaya yang diternak oleh pemilik sebuah rumah terapung di perkampungan ini

Sekolah jug terapung... bas sekolah dengan sampan.

Hari ke 3 ke Tanah Wakaf melawat kebun getah yang diusahakan Cambodian Muslim Cooperatives hasil sumbangan wakaf dari rakyat Malaysia.

Prey Pros Lake
Hari ke 5, kami bertolak meninggalkan Phnom Penh menuju Bandar Ho Chi Minh, Vietnam menaiki bas sejauh 280 KM.  Bas akan menyeberang Sungai Mekong melalui feri di Neak Leung.

Memasuki Vietnam melalui Moc Bai.

Lawatan yang sangat awesome!

Terima kasih Denaihati, Terima Kasih eQurban, Terima kasih mama dan abah, Terima kasih semua yang ikuti rombongan ini.

16 October 2013

Exam Lepas Raya



Cuti hari raya haji kami tak pergi mana-mana tetapi balik kampung.  Tak cakap pun nak balik, sekali buat kejutan untuk embah.  Seronok sangat embah.

Malam tu kami balik Serendah balik.  Jalan jem teruk sebelum Tanjung Karang sampai abah berpatah balik semula ke Sungai Besar dan balik ikut Tanjung Malim.

Intan dengan Along tak sedar sangat sebab tidur dalam kereta.  Sedar sedar dah sampai rumah.

Esoknya Intan sekolah macam biasa, tak cuti panjang sebab hari Khamis dah mula start exam...yoooo..exam....

Doakan Intan ye... takut sebab tahun depan dah Form 3 ( PBS )

29 September 2013

Makanan Istimewa Sarawak

Antara makanan Sarawak yang intan rasa sewaktu bercuti di sini.

 Mee Kolok - sebenarnya mama yang pesan mee kolok tapi mama tak suka.

Laksa Sarawak - kalau datang Sarawak, mesti cuba masakan ni. Laksa tapi guna bihun dan kuah macam kari. Selalu mama buat Laksa Kedah ada timun, bawang, cili dengan daun-daun ulam, tapi Laksa Sarawak ada daging ada udang.
Mama nampak je laksa terus nak order tapi tak makan pun.
 
Ini Botok Ikan Tenggiri. . Rasa pedas-pedas dan rempah.

Botok Ikan Gelama - intan tak pandai makan ikan macam ni, banyak tulang. Satu bungkus macam ni harga dia RM1.  
 
ini makanan yang paling special. Namanya Ayam Panshuh - dimasak di dalam buluh macam bakar lemang. Auntie Bella tuan rumah homestay yang kami tinggal tu masakkan ikut cara kaum Bidayuh.

Kami makan nasi yang gunakan beras tempatan Sarawak iaitu beras Bario sejenis padi huma ( padi yang ditanam atas bukit bukan tanam dalam sawah..