About Me

My photo
Intan Safura, call me Intan =) Umur 14. Blog sejak 2009. Asalnya blog ini dihasilkan untuk perkongsian kisah kehidupan intan untuk abah yang bekerja di Algeria (sekarang di Hulu Terengganu ) :) Enjoy!

29 September 2013

Makanan Istimewa Sarawak

Antara makanan Sarawak yang intan rasa sewaktu bercuti di sini.

 Mee Kolok - sebenarnya mama yang pesan mee kolok tapi mama tak suka.

Laksa Sarawak - kalau datang Sarawak, mesti cuba masakan ni. Laksa tapi guna bihun dan kuah macam kari. Selalu mama buat Laksa Kedah ada timun, bawang, cili dengan daun-daun ulam, tapi Laksa Sarawak ada daging ada udang.
Mama nampak je laksa terus nak order tapi tak makan pun.
 
Ini Botok Ikan Tenggiri. . Rasa pedas-pedas dan rempah.

Botok Ikan Gelama - intan tak pandai makan ikan macam ni, banyak tulang. Satu bungkus macam ni harga dia RM1.  
 
ini makanan yang paling special. Namanya Ayam Panshuh - dimasak di dalam buluh macam bakar lemang. Auntie Bella tuan rumah homestay yang kami tinggal tu masakkan ikut cara kaum Bidayuh.

Kami makan nasi yang gunakan beras tempatan Sarawak iaitu beras Bario sejenis padi huma ( padi yang ditanam atas bukit bukan tanam dalam sawah..


4 comments:

  1. wah sedapnya... teringin nak rasa sikit huhu

    ReplyDelete
  2. tengok gambar nampak menyelerakan. teringin nak rasa mee kolok, nak tahu apa beza ngan mee yang lain.

    ReplyDelete
  3. eh..lama tak singgah..dah lain rupa blog intan..

    ReplyDelete
  4. Haha

    Mama order mama taknak makan pulak..kelakarnya..hehe

    ReplyDelete